=

Soalan Lazim - Perkhidmatan

Soalan Lazim - Perkhidmatan

Maklumat mengenai perkhidmatan agensi

Hanya perigi yang mengeluarkan air melebihi 3,000 liter sehari sahaja yang memerlukan permit dan lesen. Peraturan ini bertujuan untuk mengawal, melindungi dan memulihara sumber air bumi agar tidak diabstrak melebihi had, dibazirkan, tercemar atau timbul kesan sampingan lain seperti pemendapan tanah. Dengan adanya peraturan ini, JANK dapat mempastikan sesuatu telaga yang akan digali itu tidak akan menjejaskan persekitaran. Melalui pemantauan, JANK juga akan mempastikan kadar abstraksi air telaga seimbang mengikut kadar luahan selamat bagi sesuatu kawasan.

Dapatkan borang di pejabat JANK atau muat turun melalui laman web. Syarat-syarat dan peraturan boleh didapati di dalam garis panduan permohonan kebenaran menggali telaga dan Lesen Abstraksi Air Perigi di dalam laman web ini.


a) Yuran proses permohonan Permit Menggali Perigi

= RM150.00 bagi setiap perigi.

b) Lesen Abstraksi Air Pergi – sah laku untuk satu tahun.

Kadar caj adalah RM0.01 (satu sen) bagi setiap meter padu untuk bekalan air awam/domestik dan RM0.05 (lima sen) bagi setiap meter padu untuk tujuan komersil. Bayaran lesen dikira berasaskan anggaran penggunaan air selama satu tahun dan hendaklah dibayar sebelum lesen dikeluarkan (prepaid).

c) Yuran pembaharuan lesen adalah RM150 untuk setiap perigi.

Seksyen 51 Enakmen Bekalan Air Negeri Kelantan 1995 meruntukkan penalti iaitu denda tidak melebihi RM10,000.00 (Sepuluh ribu ringgit) dan tambahan RM100.00 (Seratus ringgit) sehari bagi setiap hari sepanjang tempoh pelanggaran ini.

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID